Tarikh : 18 April 2018
Hari : Rabu
Masa : 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Tempat : PKG Kapar

PENGENALAN

Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan
membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Merangkumi rancangan
membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (pengurusan) Melalui aktiviti-aktiviti galakan
membaca di sekolah (aktiviti). Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang
tahun (penilaian).
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan
di Sekolah Menengah pada 1999.Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.
Program galakan membaca (Program NILAM) adalah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia yang mewajibkan semua pelajar mengambil bahagian. Bagi menghargai
pelajar yang bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam program ini, Kementerian telah
menganjurkan pada setiap tahun Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan bagi menobatkan Tokoh
NILAM kategori sekolah rendah dan menengah.
Setiap tahun sekolah-sekolah ahli zon PKG Pelabuhan Kapar akan menghantar wakil megikut kategori
seperti dibawah:
1. Kategori Sekolah Rendah (BM).
2. Kategori Sekolah Rendah (BI).
3. Kategori Sekolah Menengah (BM).
4. Kategori Sekolah Menengah (BI).
OBJEKTIF
1. Melahirkan Tokoh NILAM yang berkualiti dari segi ketrampilan diri, akademik dan tokoh yang
boleh menjana idea kreatif dan inovatif.
2. Memilih murid yang benar-benar layak mewakili Daerah Klang bagi pemilihan Tokoh NILAM
peringkat negeri Selangor dan seterusnya ke peringkat Kebangsaan.
Perjalanan Aktiviti
7.30-8.00 Pagi
Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi. Kem NILAM Zon PKG Kapar bermula pada jam 8.00 pagi dengan
pendaftaran kehadiran peserta dan guru pengiring serta hakim penilai. Sebelum sesi ujian dijalankan,
semua pegawai, hakim, guru pengiring, peserta, mengambil sarapan yang telah di sediakan oleh pihak penganjur.

8.30 pagi
Taklimat kepada peserta-Selepas bersarapan, pada jam 8.30 pagi semua peserta dikumpulkan untuk diberi
taklimat tentang perjalanan aktiviti Kem Pemilihan Tokoh NILAM yang telah disampaikan oleh Ketua JU
GPM Kapar , Pn Padhilatul Aziah. Taklimat disampaikan selama 30 minit hingga jam 9.00 pagi.
9.00 pagi
Ujian Penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris- Bermula jam 9.00 pagi, sesi ujian pertama bagi semua
peserta dijalankan. Ujian yang pertama ialah ujian penulisan bagi kedua-dua kategori iaitu Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris. Peserta bagi kedua-dua kategori ini di tempatkan di dua bilik yang berasingan. Semua
peserta hanya diberikan masa 30 minit bagi menjalani ujian penulisan ini. Semua hakim telah diberi
tanggungjawab mengawasi peserta sepanjang ujian berlangsung.
10.00 pagi
Ujian Lisan Individu- Bermula jam 10.00 pagi Ujian Lisan Individu dijalankan. Ujian ini telah diperuntukkan
masa selama dua jam sehingga jam 12.00 tengahari. Semua peserta telah menjalani ujian ini dengan
jayannya. (Rujuk browser bagi Pegawai dan hakim yang terlibat dengan semua ujian yang dilaksanakan).
12.00 tengahari
Ujian Lisan Kumpulan- Program diteruskan dengan Ujian Lisan Kumpulan sejurus selesai Ujian Lisan
Individu. Hanya beberapa kumpulan yang sempat menjalani ujian ini sebelum ditangguhkan pada jam 1.00
tengahari
1.00-2.00 petang
Rehat/ makan tengahari/ solat
2.00-4.00 petang
Kem Pemilihan Tokoh NILAM Zon Kapar diteruskan dengan Ujian Lisan Kumpulan. Kemudian disambung
dengan Pidato Spontan dan akhir sekali Penilaian Akhir oleh semua hakim, Pengerusi Kluster PSS dan PTP
PKG Kapar bagi memilih Tokoh NILAM Zon PKG Kapar bagi keempat-empat kategori iaitu Tokoh
NILAM kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah serta Tokoh NILAM
Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah.
Majlis penutup Kem Pemilihan Tokoh NILAM Zon PKG Kapar dan Penyampaian hadiah serta sijil kepada
peserta dan hakim telah dilaksanakan pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Majlis telah
disempurnakan oleh Pengerusi Kluster PSS PKG Kapar , Pn Rosnani bt Ibrahim. Berikut adalah senarai
nama pemenang Tokoh NILAM peringkat Zon PKG Kapar :-
Kategori BM Sekolah Rendah – Nur Adilah bt Baharuddin ( SK Sementa )
Kategori BI Sekolah Rendah – S.Hemavarusha a/p Suresh ( SJKT Methodist Kapar )
Kategori BM Sekolah Menengah – Sharifah Aina Shazwina bt Syed Muhammad ( SMK Rantau Panjang )

Kategori BI Sekolah Menengah – Nurfarah Alika Bt Sulaiman ( SMK Rantau Panajang )
Majlis selesai dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya dilakasanakan dengan jayanya. Semua jawatankuasa dan
peserta berpuas hati dengan program yang dijalankan. Semoga program yang dijalan akan menjadi
pemangkin buat sekolah untuk terus terlibat dan menyertai pemilihan Tokoh NILAM pada tahun yang
akan datang.